Kalau Kashaf nak tahu..
Actually ibu dah lama mls nak update blog ni..ibu rs xde benda yg ibu nak share..tp bila fikir..ibu harus write something..untuk Kashaf,adik Ayyadh dan org2 lain yg nak baca perkongsian ibu..mana tahu pengalaman ibu boleh jadi panduan dan pengajaran orang lain.
ibu ingat lagi.. tarikh 30 Oktober 2015, hari jumaat, lebih kurang jam 12.50 tgh hari ibu dapat kol daripada taska uitm shah alam.Taska bagitahu ibu..akak,jari kashaf berdarah, tak tahu kenapa.Masa tu time break..ibu tengah rehat dalam bilik fail, paling hampeh siap hidung bertopeng coz ibu pakai masker.Dapat kol, bergegas ibu pergi sana dengan muka tak terurus.
Rasa hampir nak pengsan ibu bila tengok kashaf menangis menjerit tahan sakit,dengan wajah dah pucat lesi.Ibu tengok tangan kashaf berbalut tebal dengan kain,dngan darah yang banyak penuh dekat kain tu.Paling tak boleh belah, boleh sorang cikgu tu pegang je tangan kashaf yang berbalut dengan buat muka cam tak da pape jadi.Ibu terus dukung Kashaf, dan panggil Aliya anak auntie Yus untuk ikut ibu pergi Klinik Kesihatan UiTM. Sempat lagi cikgu taska,Nida buat soalan kelakar dekat ibu.Puan nak bawak pergi klinik ke? #@%&*(*^%$@! xlah..anak jadi macam ni aku rasa nak bawak dia g shopping,jalan2 pergi beli ais krim( ibu x ckp depan2,just in my heart)
Dalam keadaan yang panik, ibu cuba jugak nak cool kan diri, memang ibu menangis,sedih tgk kashaf meraung sakit,sampai dekat klinik kesihatan ibu terus dukung Kashaf ke emergency..but nobody inside..macam orang gila ibu jerit panggil orang,ibu call aunty Yus mintak datang teman ,semua bilik ibu masuk,tapi ibu x nampak staff pun till ada sorang staff datang. Bila dibuka balutan tangan,ibu lagi rasa nak pitam bila tengok jari kelingking anak ibu yang comel dah terkulai hampir nak putus. Suddenly doc decide x boleh buat,n she ask pergi hospital. Diorang nak hantar by ambulans ke Hospital Klang but ibu refuse.Ibu decide pergi DEMC coz paling hampir n Kashaf alhamdulillah ibu ada ambik insurans untuk Kashaf.
Aunty Yus hantar kita ke DEMC,peliknya dia yg ibu kenal bawak kete hafal sume jalan boleh plak cam hilang ingatan.maybe dia pun sama panik tapi pretend cool.Sampai DEMC..doc xray jari kashaf, n ada tulang kashaf hancur di hujung.Kashaf have to warded n kena operate.ibu kol ayah,kol wan...jam 3 ptg ayah datang dgn mak ngah siap ambil Fayyadh di taska..
Petang tu juga atok,wan,maksu datang tengok Kashaf.Berbalut tangan.Dekan Fakulti ibu,DR Hanafiah dan isteri serta En Shakri n wife dia pun datang.Masa yang sama cikgu-cikgu taska Kashaf pun datang sambil nangis-nangis mintak maaf.Ibu dah xde rasa.nak marah pun x guna.cuma ibu upset bila dorang cerita dekat ayah,masa kejadian tak ade cikgu dalam bilik dan lampu ditutup.Dorang x tahu Kashaf kena apa dan dorang assume kena himpit katil.Klu Kashaf pandai berbicara time ni,ibu dah suruh Kashaf cerita sendiri apa yang jadi.Kasihan anak ibu,atas kecuaian orang lain,anak ibu kena tanggung semua ni.Ibu mintak maaf,sebab ibu dah cuba sediakan yang terbaik untuk Kashaf tapi anak ibu diuji begini.
Jam 9 mlm,Dr datang.after bagi breaf,Kashaf dibawak masuk ke bilik operation.Masa tu ayah yang temankan.sedih tengok anak kecik ibu berpakaian baju hospital.Ayah cakap Kashaf meraung sebelum kena bius.Ibu tahu Kashaf takut.Kalau boleh,ibu nak ganti tempat awak.Biar ibu yang tahan kesakitan awak.Malaikat kecil ibu,bertabahlah anak.Hidup ini penuh ujian dan cabaran.Banyak lagi yang akan Kashaf hadap diwaktu Kashaf berada di alam kehidupan.
Alhamdulillah ibu ada ambik insuran untuk Kashaf.huhu..sediakan payung sebelum hujan.semuanya demimu anak.Sehinnga kini kes Kashaf belum settle lagi.Ayah dan ibu akan usahakan yang terbaik untuk kamu anak...segalanya untuk Kashaf dan Fayyadh.we love u




Comments
Post a Comment